Wednesday, July 1, 2009

:: Valencia Taruhan Terbaru United ::


VALENCIA menandatangani kontrak selama empat tahun bersama United.

LONDON - Manchester United berjaya melengkap- kan perpindahan Antonio Valencia ke Old Trafford dengan harga £17 juta (RM98.3 juta) kelmarin.

"Dia (Valencia) adalah pemain yang kami minati sejak dulu lagi setelah mengharungi musim dalam Liga Perdana England bersama Wigan.

"Saya jamin kepantasan dan kebolehannya akan memberi sumbangan yang besar kepada pasukan ini," kata pengurus United, Alex Ferguson yang menyambut ketibaan pemain antarabangsa Ecuador itu kelmarin.

Ferguson juga berharap Valencia, 23, dapat mengisi kekosongan di posisi sayap yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Bagi Valencia pula, dia mengakui berjaya mencapai impiannya selepas menandatangani kontrak selama empat tahun bersama skuad Red Devils.

"Saya teruja apabila mendapat peluang untuk mengharungi cabaran sebenar dan juga satu penghormatan terbesar," kata Valencia.

"Bermain di hadapan 76,000 peminat bersama pemain seperti Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan Ryan Giggs, ia akan menjadi satu menjadi pengala- man yang menakjubkan."

United juga dilaporkan bersedia menawarkan £8 juta (RM46.3 juta) ke atas bintang Hertha Berlin dari Serbia, Gojko Kacar, 22, yang mampu beraksi di posisi perancang dan pertahanan. - Agensi

No comments:

Post a Comment