Wednesday, July 1, 2009

:: Ferguson Ratapi Pemergian Ronaldo ::


FERGUSON (kiri) tidak lagi dapat menggunakan khidmat Ronaldo.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui, beliau kehilangan seorang pemain terbaik dunia selepas Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid.

"Cristiano telah menjadi pemain paling menakjubkan buat Manchester United," kata Ferguson.

"Enam musimnya di Old Trafford telah menyaksikan dia membentuk dirinya menjadi seorang pemain terhebat di dunia.

"Sumbangannya telah menjadi faktor utama dalam kejayaan kelab ini pada waktu itu. Bakatnya, kebolehannya yang menghiburkan dan juga personalitinya berjaya memikat hati peminat bola sepak di seluruh dunia.

"Semua orang berharap dia akan terus cemerlang dalam kariernya pada masa hadapan." 

Ronaldo akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain termahal dunia di Santiago Bernabeu, Isnin depan apabila menyertai Real dengan harga perpindahan £80 juta (RM463.2 juta). - Agensi

No comments:

Post a Comment