Tanpa kelibat Obertan, Valencia jumpa Malaysia
KELAB elit, Manchester United akan membawa skuad terkuatnya ke Malaysia sempena Jelajah Asia 2009, minggu ini dengan bekas penyerang England, Michael Owen dijangka membuat penampilan bersama skuad barunya itu.
Kecuali dua pembelian baru, Gabriel Obertan dan Antonio Valencia dan pertahanan tengah, Nemanja Vidic serta mangsa kecederaan berpanjangan, Owen Hargreaves, hampir semua bintang United akan hadir di Kuala Lumpur hari ini, untuk menentang kesebelasan Malaysia, esok sebelum berlepas ke Jakarta untuk berdepan Indonesia, Isnin ini.
Mereka kemudian menuju ke Korea Selatan bagi perlawanan menentang FC Seoul pada 24 Julai sebelum ke Hangzhou, di China dua hari kemudian.
Di sebalik beroleh 80 juta pound (RM416 juta) untuk penjualan Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid, Ferguson membataskan perbelanjaan musim panasnya kepada Owen, melalui perpindahan percuma, pemain Wigan, Valencia dan pemain tengah Bordeaux, Obertan.
Bagi kelab itu, ia juga satu kunjungan perniagaan sama dengan persediaan pra-musim, dengan pendapatan melalui siaran televisyen daripada perlawanan Liga Perdana yang ditayangkan di Asia.
"Peminat kami di Asia menyumbangkan wang kepada kelab itu, tidak ada sebarang keraguan mengenainya,” kata Ketua Eksekutif United, David Gill, dengan menambah sokongan fanatik di Asia, begitu luar biasa.
“Sambutan yang diterima United di Asia tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana tempat di dunia. Anda tidak boleh meninggalkan bilik hotel anda disebabkan jumlah besar peminat yang menunggu di segenap penjuru hotel.”
Selain menyaksikan Wayne Rooney, Ryan Giggs dan pemain lain, peminat juga mahu menyaksikan Owen dalam jersi United selepas perpindahan mengejutnya dari Newcastle.

No comments:
Post a Comment