SEOUL 24 Julai - Manchester United bangkit daripada dua kali ketinggalan sebelum menang 3-2 ke atas kelab Korea Selatan, FC Seoul pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia mereka di sini, sebentar tadi.
Dejan Damjanovic meletakkan FC Seoul dua kali mendahului menerusi jaringan pada minit ke-23 dan 47 sebelum United menafikan kelebihan itu dengan jaringan Wayne Rooney (m-31), Federico Macheda (m-57) dan Dimitar Berbatov (m-65).
Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat United dalam siri Jelajah Asia mereka.
Sebelum ini, juara Liga Perdana England itu dua kali menewaskan Pilihan Malaysia 3-2 dan 2-0 di Kuala Lumpur.
United akan berkunjung ke China pula selepas ini untuk mengakhiri jelajah itu diikuti menyertai Piala Audi di Jerman. – Agensi

No comments:
Post a Comment