KELAB gergasi England, Manchester United membatalkan kunjungan mereka ke Indonesia ekoran serangan bom yang berlaku ke atas dua buah hotel terkemuka di kota Jakarta semalam.
United yang kini dalam siri Jelajah Asia 2009 dijadualkan menginap di Hotel Ritz-Carlton, Jakarta bermula malam ini, iaitu salah satu daripada dua hotel yang terlibat dalam serangan bom semalam.
Satu lagi hotel yang menjadi mangsa serangan ialah J.W. Marriott yang menyak sikan sembilan terkorban dan sekurang-kurang 50 lagi tercedera.
United yang juga juara Liga Perdana England kini berada di Kuala Lumpur untuk siri perlawanan pertama menentang Pilihan Malaysia hari ini.
Selepas itu, skuad The Red Devils itu dijadualkan menentang Pilihan Indonesia (20 Julai) sebelum ke Seoul, Korea Selatan (24 Julai) dan Hangzhou, China pada 26 Julai.
Begitupun, selepas mendengar nasihat daripada pelbagai pihak, termasuk Jabatan Luar Negeri, United mengesahkan bahawa mereka tidak akan berkunjung ke Jakarta.
"Ekoran daripada serangan bom yang berlaku di Jakarta dan melibatkan hotel penginapan kelab ini, maka penganjur telah memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia bahawa United tidak boleh mengadakan perlawanan di Jakarta sempena Siri Jelajah United ke Asia 2009," jelas jurucakap United.
Berdasarkan jualan tiket, perlawanan di Jakarta itu bakal disaksikan lebih 100,000 penonton.
"Kami kini berusaha untuk mengadakan satu perlawanan di luar Indonesia dan pihak penganjur akan menyemak semula jadual-jadual yang ada.
"Kami juga akan membuat satu pengumuman lanjut apabila keputusan ini telah dibuat.
"Apa pun, kami kecewa kerana tidak dapat ke Indonesia."
Selain daripada mengadakan satu siri perlawanan bagi menggantikan aksi di Jakarta itu, United juga mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Salah satu pilihan ialah United boleh kekal di Kuala Lumpur hingga Rabu ini sebelum mereka berkunjung ke Seoul untuk perlawanan seterusnya Jumaat ini.
Satu lagi pilihan ialah United berkunjung terus ke Seoul pada Ahad ini selepas melengkapkan perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment