Wednesday, July 29, 2009

:: Man United kalahkan Boca Juniors ::

MUNICH 29 Julai - Pemain baru Antonio Valencia menjaringkan gol kemenangan Manchester United 2-1 ke atas Boca Juniors 2-1 pada kejohanan bola sepak persahabatan Piala Audi di sini, pagi tadi.

Pemain tengah Anderson meletakkan Manchester United mendahului menerusi sepakan bebas pada minit ke-23.

Valencia, yang menyertai United dari Wigan menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-42 hasil rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol Boca Juniors Roberto Abbondanzieri.

Federico Insua merapatkan kedudukan untuk kelab Argentina itu pada minit ke-55. - AP

No comments:

Post a Comment